Sunday, December 6, 2009

Renungan...

Salam... saya bukan nak menyebelahi mana2 pihak... tapi sekadar untuk renungan...

Petikan ucapan Tok Guru Nik Aziz di Dewan Ustaz Fadhil Noor, di Markas PAS Taman Melewar pada 5/12/2009:-

"Speaker itu umpama pengadil dalam perlawanan bola sepak. Kalau (keputusan) pengadil boleh dibantah lagi, tak main bola lah, kita panggil berlaga betih lah,"

"Keputusan speaker kita nak tolak macam mana, dia raja. Dalam DUN dan parlimen, speaker adalah raja. Dalam padang bola pengadil jadi raja. Begitu logiknya,"

Ini pendapat saya pula...

Mari kita lihat perlawanan bola sepak Piala Dunia Suku Akhir tahun 1986 diantara England vs Argentina. Hasil jaringan Diego Maradona menggunakan tangan atau lebih dikenali dengan "Hand of God Goal"... dimana pengadil mengesahkan jaringan tersebut walaupun menggunakan tangan.

Senario kedua... perlawanan bola sepak kelayakan Piala Dunia pada 18/11/2009 diantara France vs Ireland... Thierry Henry menggunakan tangan dan menyebabkan pasukan Ireland tidak layak untuk masuk ke Piala Dunia 2010... sekali lagi pengadil mengesahkan jaringan itu dan tidak menghiraukan bantahan dari pihak Ireland.

Pengadil juga manusia, manusia tidak lari dari membuat kesilapan.

Pandangan saya berkenaan Speaker adalah Raja di DUN dan Pengadil adalah Raja di Padang Bola. Dimana keputusan Speaker/Pengadil tidak boleh ditolak/dibantah. Bagus pendapat itu... Tapi bagai mana pula keputusan seorang Sultan sesebuah negeri. Adakan keputusan Sultan boleh ditolak dan di bantah... Contohnya:-

Keputusan Sultan Perak berkenaan pemerintah negeri itu setelah PR tidak mendapat mejoriti di DUN. Kenapa keputusan Sultan Perak boleh dibantah dan tidak dipersetujui, sehingga membuat rusuhan, menghalang kenderaan dan macam-macam lagi. Dimana logiknya...

Sekadar Renungan...

Thursday, August 27, 2009

Kewartawanan Yang Tidak Beretika

Wartawan oh wartawan...

Bile berita arus perdana buat laporan dikata berat sebelah la, xbetol la... ape semua laporan yang korang bagi tu betol semua ke... asal pasal PR je semua betol ke... ape korang rase yg KDN buat tu semua mainan politik ke... dah memang buku tu salah so KDN amik tindakan la...

Satu lagi, satu laman web berita yang pro PR dan asyek nak cari salah Kerajaan membuat satu laporan palsu...

"Enam pegawai bahagian penerbitan KDN tiba di K Vin Publisher di Seri Kembangan, Serdang jam 11.30 pagi ini dan berada di situ selama hampir sejam."
- apa yang aku tahu cuma 3 orang sahaja pegawai KDN yang hadir

"Difahamkan, KDN turut membuat rampasan majalah itu daripada pengedarnya, masing-masing seorang di Perak dan Melaka.

Kira-kira 500 naskhah dirampas di Melaka, manakala 100 lagi di Perak."
- Melaka rampas xsampai 100...

BOHONG!!!

Friday, August 21, 2009

My Team

My Heart Is RE D, My Soul Is DEVIL

New From Me

Me New Blog
:)