Sunday, February 21, 2010

Sudut Pandangan Dan Pengetahuan Tentang Dajjal.

Imej dan bentuk rupa dajjal telah dibayangkan oleh Nabi Muhammad SAW lebih 1,400 tahun lamanya. Namun setelah zaman berubah, imej dan bentuk rupa dajjal turut berubah. Aliran dan kelompok awal (para sahabat Nabi, tabien dan tabit tabien) mengatakan dajjal adalah hakikat dan ia akan tampil di akhir zaman sebagai seorang manusia (individu) yang akan membawa fitnah dan kekacauan serta mengaku dirinya sebagai tuhan. Bagaimanapun fitnah itu akan ditampilkan, mereka hanya menyerahkan urusan itu kepada ALLAH.

Pendapat kedua, mengatkan dajjal adalah kelompok manusia, satu kaum yang dinisbahkan kepada bangsa Yahudi. Pendapat ini lahir dari kaedah pentakwilan.

Dalam masa yang sama terdapat pendapat yang mengatakan ia adalah satu gerakan sulit yang merancang kejahatan demi kejahatan dan berselindung di balik nama dan pertubuhan rahsia dengan tujuan merosakkan manusia dan tamadunnya serta menjauhkan manusia dari agama. Hari ini gerakan yang dimaksudkan dirujuk sebagai Yahudi-Zionis. Ada sesetengahnya mengatakan Amerika a.k.a Zionist Anglo-American. Malahan lebih khusus mengatakan gerakan Illuminati atau gerakan Freemasons.

Pendapat yang ketiga, mengatakan dajjal adalah bayangan atau satu manesfestasi kejahatan, idealism atau fahaman kebendaan. Kefahaman ini berkembang sehingga menjadikan manusia tunduk kepada dunia dan isinya serta manjadikannya sebagai tuhan. Ia wujud di dalam bentuk dakyah yang disebarkan sehingga membentuk idealism atau kepercayaan.

Akhirnya ada pendapat yang mengatakan kisah dajjal hanyalah cerita palsu, mitos agama yang direka oleh aliran agama, saduran cerita Israiliyyat atau kefahaman yang terpesong. Semua pendapat ini mempunyai pengikutnay sendiri.

Sungguhpun demikian, para ulamak hari ini sepakat menerima pakai kaedah berikut, menerima hakikat dajjal itu adalah suatu yang pasti namun menetapkan siapa dajjal sebenarnya bukanlah bersifat qatie atau mutlak. Ia dalah preselisihan yang dibenarkan. Kaedah ini juga digunapakai di dalam perbahasan menentukan siapa Imam Mahdi.

Oleh kerana hadis-hadis mengenai dajjal merujuk kepada peristiwa akhir zaman, maka tiada manusia yang mempunyai hak mutlak untuk menetapkan secara pasti hal keadaan akan dating. Iktibar ini boleh kita ambil pada sirah Nabi Muhammad SAW ketika para sahabat bertanya bila akan terjadinya kiamat. Nabi Muhammad SAW hanya memberikan kenytaan, Ia amat dekat” di samping memberikan tanda-tanda kecil dan besar.

Sumber rujukan : Membongkar Misteri Dajjal

No comments: