Friday, March 5, 2010

Bila Sudah Terkena Batang Hidung Sendiri

"Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk menghentikan perbuatan 'merampas' ahli parlimen Pakatan Rakyat, khususnya dari PKR demi menghormati proses demokrasi."

"Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, tindakan beberapa wakil rakyat PKR yang keluar parti dan menjadi wakil bebas disifatkan sebagai "buaya di sebalik batu"."


Pelik... bila ini semua terjadi baru macam-macam sidang akhbar dan kenyataan keluar.

Dulu masa DSAI umumkan 16/9/2009 bakal berlaku perubahan dalam pentadbiran kerajaan dimana ada beberapa ahli parlimen dari BN akan melompat parti. Perkara sebegitu dihalalkan pula, sehingga sanggup mengejar mereka sampai ke luar negara.

Sekarang ini ada beberapa kerat ahli parliman PR yang keluar parti dan menjadi ahli parlimen bebas dikatakan tindakan itu salah

Pelik Tapi Benar



Petikan sidang akhbar oleh Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim yang diaturkan secara tergesa-gesa.

"Mengapa beliau begitu kemaruk dengan majoriti dua pertiga di Parlimen? Buat masa ini, Barisan Nasional mempunyai bilangan kerusi yang mencukupi bagi meluluskan sebarang undang-undang,”

"Pada pendapat anda, adakah England kukuh kerana mereka mempunyai dua pertiga (majoriti)? Tak! England tidak pernah ada majoriti dua pertiga.”

Sejak beberapa minggu kebelakangan lalu, PKR digoncangkan dengan tiga ahli parlimennya berpaling tadah sehingga menimbulkan krisis kepimpinan parti, terutama terhadap ketua numumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS mengulas 'fenomena' keluar parti yang menghantui PKR setelah tiga anggota parlimennya berpaling tadah dalam tempoh yang amat dekat.

"Sedihnya, ribut tidak (ada), hujan pun tidak, tiba-tiba bah melanda! Syak saya teramat kuat akan adanya kepentingan politik (mereka) tersendiri. Ini bukannya udang di sebalik batu, bahkan buaya," katanya.

"Usulkan sahaja sidang tergempar, ambil tindakan kepada mana-mana pemimpin yang bersalah. Paling tidak, adakan perbincangan dari hati ke hati.

"Bukankah ini menjadi amalan biasa turun temurun di dalam menyelesaikan urusan rumahtangga parti?"

Sehubungan itu, Nik Aziz menambah, pemimpin yang meninggalkan parti perlu juga meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen sebagai tanda menghormati mandat yang diberikan rakyat kepadanya.

"Bertanding atas tiket parti lain, tiba-tiba menukar haluan. Bukankah ini satu penipuan? Umpama meminang anak dara orang dengan perwatakan lebai, alih-alih bertukar rupa menjadi pencuri," sindirnya.


RENUNG-RENUNGKAN LAH

1 comment:

Unknown said...

Dulu masa DSAI umumkan 16/9/2009 bakal berlaku perubahan dalam pentadbiran kerajaan dimana ada beberapa ahli parlimen dari BN akan melompat parti. Perkara sebegitu dihalalkan pula, sehingga sanggup mengejar mereka sampai ke luar negara....

does it really happen??ade yg keluar? nope i think..
btw we know whose the devil now..
renung2kan lah